*Amaran penulisan ini di buat untuk sekadar bacaan sahaja,jangan merpercayainya kerana mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan agama.
Lagu ini dicipta oleh komposer berketurunan Hungry Reszo Seress pada tahun 1932.Mendapat ilham setelah kecewa bergaduh dengan tunangnya berhubung kerjayanya pada hari ahad.Dengan ini terhasil lah sebuah lagu Gloomy Sunday yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa membunuh diri.
Reszo Seress komposer yang yang sering gagal dalam lagu ciptaanya.
Beberapa bulan selepas lagu ini dikeluarkan,berlaku kejadian misteri membunuh diri.Kematian demi kematian yang aneh membabitkan Gloomy Sunday sehingga memaksa stesen radio di British mengharamkan lagu itu dimainkan.
Peristiwa Membunuh Diri Dikaitkan Dengan Lagu Ini:-
1.Di Berlin seorang lelaki menembak dirinya kerana tidak dapat melupakan lagu ini setelah mendengarnya.
2.Di bandar yang sama seorang wanita ditemui menggantung dirinya,polis mendapati lirik Gloomy Sunday dibiliknya.
3.Di New York seorang wanita membunuh diri dengan meninggalkan nota lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.
4.Ada yang terjun dari tingkat atas,jambatan malah dibunuh jiran gara2 mendengar lagu ini.
5.Tunangnya juga mati dengan meminum racun serta disisinya salinan lagu Gloomy Sunday.
Untuk tidak mengecewakan korang aku serta video lagu ini.Jangan terikut2 pulak budaya depa ni.Bagi aku ini semua adalah Game untuk melariskan lagu ini.
Lagu Gloomy Sunday:-